Membina Gayahidup Cemerlang

Bila impian dalam genggaman itulah kejayaan

Masa adalah amanah

Seminit masa berlalu tidak akan kembali selama-lamanya. Satu detik tebuang dengan sia-sia akan bertambah satu titik noda dihati. Di akhirat nanti setiap manusia akal mengharapkan semua detik-detik masa diisi dengan perkara yang berguna.

Mengguruskan penggunaan masa secara terperinci memerlukan kita membuat perancangan teliti antaranya:

1. Menggunakan diari.

Berasaskan objektif tahunan, pecahkan objektif yang hendak dicapai setiap bulan selama 12 bulan, objektif bulan dipecahkan kepada objektif mingguan. Tentukan jumlah hari kerja dalam seminggu. Seterusnya objektif harian dan objektif setiap jam. Jika anda bekerja selama 8 jam sehari tentukan apakah pekerjaan utama yang mesti dilakukan setiap hari dan berapakah jam perlu diperuntukkan.

2. Plan harian.

Rancanglah bagaimana hendak memanfaatkan setiap jam setiap hari secara maksima. Pastikan anda tidur awal agar dapat memulakan kerja diawal hari dengan minda dan badan yang sihat dan segar. Pastikan anda menyemak perancangan kerja anda setiap hari diawal pagi dan dimalam hari. Masukkan tabiat membaca sekurang-kurannya 1 jam sehari.

3. Jika anda berkerja sendiri dan sentiasa membuat pemasaran produk anda, pastikan anda mempunya temujanji perniagaan ketika sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Anda tidak dinamakan berkerja jika anda tidak bertemu pelanggan baru yang belum anda kenali setiap hari.

4. Gunakan masa terluang di dalam kereta dengan mendengar tape-tape motivasi dan ilmu yang boleh meningkatkan diri anda.

6. Jangan lupa merekodkan skil-skil baru yang anda lakukan dan menulis analisa keberkesanan , skil yang produktif atau sebaliknya, sebagai rujukan anda, supaya anda tidak mengulang kesilapan yang sama atau anda mengulang skil yang di dapati amat berkesan.

7. Jika anda dibidang pemasaran gunakan 75% masa kerja untuk bertemu pelanggan baru dan bakinya untuk membuat followup dan memberi khidmat selepas jualan.

8. Tanya diri anda setiap hari, apakah kerja yang paling produktif hari ini?

9. Sentiasalah perbaiki perancangan anda.

October 24, 2007 - Posted by renungan2u | Uncategorized | | 2 Comments

2 Comments »

  1. Salam sejahtera,
    Tips yang bagus. Boleh saya ambil untuk blog saya?
    sekian, wassalam.

    Comment by nik | October 31, 2007 | Reply

  2. Jazakallahu khairan
    dan kalau boleh masukkan alamat url sumbernya.

    Comment by renungan2u | October 31, 2007 | Reply


Leave a comment