Membina Gayahidup Cemerlang

Bila impian dalam genggaman itulah kejayaan

Goal

Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat yang jelas. Kita perlu tahu dengan jelas cara-cara yang boleh menjadikan kita berjaya mencapai matlamat yang kita letakkan kepada diri kita. Matlamat yang jelas menjadi panduan dalam perjalanan hidup kita. Semakin jelas matlamat semakin kuat semangat kita untuk berkerja. Kita juga perlu menjelaskan kepada diri kita kenapa dan sebab matlamat itu menjadi pilihan dan keutamaan kita.

Tulislah matlamat tersebut, bilakah tarikh matlamat itu kita ingin capai dan gambarkan kegembiraan diri kita dan keluarga kita bila matlamat itu tercapai. Bayangkan suara-suara kegembiraannya, bayangkan wajah-wajah ceria, bayangkan keharuman dan kelembutan rasa apa yang kita perolehi bila sudah berjaya mencapai impian kita.

Berjalanlah di atas muka bumi, lihatlah kesan-kesan kejayaan yang manusia sedang nikmati sekarang. Sebenarnya itu hanyalah impian mereka sebelum ini dan impian itu sudah menjadi kenyataan. Mereka sudah menikmati kejayaan hasil usaha dan impian yang mereka telah lukiskan. Apa-apa yang wujud hari ini adalah lukisan impian yang pernah terlukis dalam minda orang-orang yang menikmatinya hari ini. Anda akan menikmatinya pada masa hadapan jika anda sudah melukiskan gambaran masa hadapan sejelas-jelasnya dalam minda anda secara berterusan.

Mungkin ada dikalangan kita yang berjaya hidupnya hari ini dan dia berkata kejayaan itu tidak pernah diimpikannya selama ini. Benar tetapi kejayaannya adalah sebahagian impian dan objektif orang lain. Sesiapa yang tidak mempunyai impian maka beliau hanya menjadi pelaksana kepada impian orang lain.

Oleh itu letaklah impian apapun di dalam minda anda untuk kebahagiaan diri anda dan keluarga kerana impian itu hanyalah percuma tetapi jika anda jujur pada diri anda minda anda akan memberikan cadangan kepada anda bagaimana anda harus lakukan untuk merealisasikan impian anda berasaskan ilmu dan pengalaman hidup yang anda lalui.

Impian, objektif, matlamat, tujuan, niat dan cita-cita adalah perkara yang sama. Jika anda keluar kebandar dengan tujuan bersiar-siar berbeza jika anda keluar dengan tujuan yang tertentu dan jelas. Persediaan, perancangan, sikap dan ketepatan masa berbeza.

Jika anda turun kepadang untuk bermain bola tetapi tidak bercita-cita menjaringkan gol tidak akan sama jika anda turun dengan niat untuk menjaringkan 5 gol. Jika anda belajar denga tujuan untuk mendapat A1 dalam semua matapelajaran tidak sama aktiviti anda jika anda tidak mempunyai niat langsung.

Lihatlah sejarah hidup anda yang lalu. Sudah banyak kejayaan yang anda kecapi hasil daripada kejelasan niat, keazaman yang kuat, semangat yang berkobar-kobar dan tindakan yang efisen. Anda mampu mencapai apa juga kejayaan dalam hidup anda hari ini jika anda ulangi sebab-sebab kejayaan tersebut.

 Selamat berjaya.

January 4, 2008 Posted by renungan2u | Minda | | No Comments Yet