Membina Gayahidup Cemerlang

Bila impian dalam genggaman itulah kejayaan

Keusahawanan

Majoriti pelajar-pelajar Melayu masih gagal menggambarkan masadepan mereka secara jelas. Walaupun sudah berada dalam semester terakhir universiti ada dikalangan mereka yang masih kabur apakah pekerjaan yang bakal diperolehi. Ibu bapa juga tidak memahami cabaran yang bakal dihadapi oleh anak-anak mereka pada masa hadapan dan menyerah sepenuhnya kepada institusi pendidikan.

Sikap suka menunggu peluang, tidak sanggup bersusah payah menghadapi cabaran, memilih pekerjaan yang senang dan tidak mencabar, tidak mampu berkomunikasi dengan baik, tidak mengetahui aspek-aspek asas pengurusan, cepat mengalah, tidak berkeyainan diri, takut dan malu bertanya merepukan antara sikap negatif yang menghalang mereka maju kehadapan dan mendapat peluang pekerjaan.

Masi kini dan akan datang memerlukan seorang individu yang memiliki jatidiri seorang pejuang untuk survive dalam belantara kehidupan yang lebih canggih dan mencabar. Para pelajar perlu diajar untuk memiliki sikap seorang usahawan dan memiliki kemampuan untuk berdikari dan bersaing.

Perkara paling asas ialah mengubah sikap negatif yang telah berakarumbi begitu lama dalam diri umat Melayu kepada sikap yang lebih positif sejak di alam kanak-kanak lagi. Kehidupan masadepan adalah kehidupan untuk berjuang, bersaing dan bertarung untuk memastikan mereka boleh hidup dan tidak terjajah dibumi sendiri.

Umat Melayu perlu mengambil alih semua keperluan yang dipasarkan kepada umat Melayu. Kalau umat Melayu memerlukan rumah maka mereka perli menjadi pengeluar dan pembekal kepada semua perkara asas pembinaan; simen, kayu, besi, batu-bata, frame aluminum, pasir sehinggalah keperluan eksesori seperti, marmar, kelengkapan dapur, bilik mandi, ruang tamu dan landskape.

Umat Melayu juga perlu menjadi pengeluar semua keperluan asas pembekal dan pengedar kepada; beras, tepung, gula, minyak masak, susu, ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, rempah ratus, buah-buahan dan air mineral.

Umat Melayu juga perlu menjadi pengeluar kepada bahan-bahan asas pakaian; benang, kain, menngeluarkan pakaian-pakaian yang siap daipakai untuk semua lapisan umur.

Umat Melayu perlu berhenti menjadi pengguna semata-mata tetapi mereka perlu menerajui semua keperluan hidup yang asas ini dan menjadikan ajaran Islam sebagai landasan dalam menentukan mutu khidmat dan perniagaan mereka.

Untuk itu umat Melayu perlu ditanam dengan cita-cita besar ini sejak kecil lagi. Mereka perlu dididik dengan membina impian dan cita-cita seorang pejuang; hidup untuk memberi dan berkhidmat untuk kemaslahatan ummah bukan sekadar mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan anak isteri sahaja. Mereka perlu dididik agar mengetahui peluang-peluang yang terlalu luas di bumi Allah ini. Mereka perlu dididik agar bersifat produktif, positif dan tidak menyerah kalah.

Umat Melayu perlu diberi peluang melihat kekayaan Allah di seluruh dunia dan berani untuk menerokai perniagaan sehingga di benua Afrika, Asia tengah, China dan sebagainya dan tidak hanya melihat punca rezeki di bumi Malaysia ini sahaja.

Cukuplah Umat Melayu berkrisis dalam arena politik yang tidak berkesudahan ini dan memberikan masa, pemikiran, tenaga dan usaha yang terlalu banyak dan terlalu lama dalam perjuangan di medan ini. Banyak medan lain yang juga tuntutan Islam yang Syumul perlu dijadikan medan perjuangan dan perlumbaan seperti medan pendidikan, keilmuan dan pembangunan jati diri, medan ekonomi, keusahawanan, perniagaan dan pembuatan.

Marilah kita fikir; semua perusahaan, perniagaan antarabangsa, pembuatan, pemasaran, peruncitan yang ada di bumi ini milik siapa? Apakah kerana mereka bernasib baik atau kerana umat Melayu tidak berniat untuk menguasainya demi tuntutan fardu kifayah?

Sikap utama yang perlu ada di dalam jiwa Umat Melayu adalah menyokong dan berterimakasih kepada usahawan-usahawan Melayu yang telah mula mengorak langkah menunai tanggungjawab sosial mereka.

September 4, 2009 - Posted by renungan2u | Uncategorized | | 3 Comments

3 Comments »

  1. thanks..betul tu, kita sebagai orang melayu perlu berjuang untuk emartabatkan bangsa dan Agama kita Islam..

    Comment by farah | December 17, 2009 | Reply

    • Terima kasih.. diatas sokongan anda sarah..

      Comment by renungan2u | December 17, 2009 | Reply

    • terima kasih farah.. atas sokongan anda..

      Comment by renungan2u | December 17, 2009 | Reply


Leave a comment