Ketakutan adalah musuh kejayaan.
Kadang-kadang kita sudah memiliki impian yang jelas; kita impikan sebuah rumah agam di atas bukit. Bilik-bilik tidur yang luas lengkap perabut hotel 6 bintang, landskap yang menghijau, kolam renang yang eksklusif, ruang tamu yang luas dan taman rekriasi. Kita impikan kereta mewah yang selesa untuk seisi keluarga dan resort-resort milik keluarga di pulau-pulau peranginan. Kita impikan sebuah industri yang menyediakan pekerjaan kepada jutaan masyarakat. Kita impikan nama kita disebut dalam doa setiap fakir miskin yang mendapat bantuan daripada institusi kita. Kita impikan kejayaan seluas kekayaan yang dikurniakan kepada nabi Sulaiman a.s. Kekayaan yang menambahkan kesyukuran.
Namun impian itu memerlukan langkah pertama iaitu bebas daripada perasaan takut gagal.
Kesakitan yang dirasai dalam perasaan adalah penghalang. Kesakitan itu juga sesuatu khayalan dan bisikan halus yang bukan realiti. Ia hanyalah naluri yang timbul hasil bisikan Syaitan yang melintaskan sangkaan-sangkaan buruk di dalam jiwa. Sangkaan-sangkaan buruk ini menyekat amalan kita, menghalang tindakan yang positif, membantutkan segala usaha dan menggagalkan segala niat dan keazaman.
Kita hanya perlu tuliskan perkara yang benar-benar menyakitkan dan cari punca dan penyelesaiannya. Jiwa kita selalu menyebut: “Saya tak pandailah”. Kalau itu masalahnya kita hanya perlu bertanya dan belajar kecualilah keegoan atau sifat takbur menjadi penghalang.
Kadang-kadang kita takut tidak dilayan dengan baik, takut dimarah oleh prospek, takut merasai diri mengganggu orang lain takut pelanggan buat tidak tahu, takut pelanggan menolak atau takut pelanggan tidak mahu membeli.
Untuk menatasi masalah ini gunalah kaedah temujanji, mintalah keizinan daripada prospek, berterusteranglah hajat anda atau mulakan dengan soalan-soalan provokasi yang mengajak bakal pelanggan anda berfikir tentang maklumat dan rahsia yang bakal anada dedahkan kepada prospek anda.
Anda perlu mempunyai senarai prospek yang panjang yang bakal anda temui. Buatlah temu janji , penuhilah ‘dairi’ and dengan tarikh dan masa temu janji sepanjang sebulan. Buatlah persediaan yang cukup sebelum menemui bakal pelanggan anda, bayangkan soalan-soalan yang bakal anda tanya kepada prospek anda dan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh mereka. Sediakan jawapan dengan penuh keyakinan. Berjumpalah dengan pelanggan anda dengan tenang dan berserahlah kepada Allah.
Jika anda mewakili syarikat terkenal, sudah lama dalam pasaran dan terbukti telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya anda sudah berada di atas landasan yang benar. Percayalah masa anda mencapai impian anda akan tiba. Belajarlah daripada mereka yang telah berjaya.
No comments yet.
Leave a comment
-
Archives
- December 2009 (1)
- September 2009 (2)
- December 2008 (2)
- September 2008 (1)
- January 2008 (1)
- November 2007 (2)
- October 2007 (5)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS