Membina Gayahidup Cemerlang

Bila impian dalam genggaman itulah kejayaan

” Burn Your Desire”

Seorang agen saya bertanya : “kenapakah saya selalu hilang semangat untuk berusaha walaupun saya sudah ada plan perniagaan yang lengkap”..?

Sebenarnya bayak perkara yang boleh memadamkan bara semangat yang kita nyalakan.. antaranya:

1. Matlamat hidup itu sendiri tidak cukup kuat untuk terus membakar semangat untuk bekerja.

 2. Masalah dalam diri sendiri yang pernah dikecewakan oleh orang yang dikasihi.

3.Hilang keyakinan diri kepada syarikat, industri yang di sertai, produk yang dijual, sistem jualan dilaksanakan dan tiada keyakinan diri sendiri.

4. Wujud dua atau tiga pekerjaan yang memerlukan tumpuan  yang dilakukannya.

5. Wujud kelemahan tertentu dalam diri seperti masih tidak lengkap ilmu dan skil akibat kurang pengalaman dalam perniagaan yang diceburi.

Mengenai matlamat hidup:

Anda perlu mempunyai matlamat hidup yang besar, impian yang tinggi dan cita-cita yang terbaik yang ingin anda capai dalam kehidupan ini. Semua impian ini tidak bermakna jika anda gagal menceritakan kepada diri anda sebab yang terbaik kenapa anda mempunyai impian tersebut.

Contohnya dalam plan perniagaan 5 tahun anda anda meletakkan matlamat berikut:

  1. Memiliki pendapatan tahunan 6 juta dan pendapatan bulanan RM500,000.00.

Untuk matlamat ini anda perlu huraikan kenapa.. contohnya:

  1. Saya hendak berbakti kepada kedua ibu bapa dan mertua saya.
    1. Saya ingin membina sebuah rumah untuk kedua-dua pasangan ibu-bapa dan mertua saya.
    2. Saya ingin menggaji sepasang pembantu rumah yang menguruskan kebajikan orang tua saya
    3. Saya ingin mengajikan pemandu untuk membawa orang tua saya kemana mereka suka.
    4. Saya ingin memberikan sekeping kad debit untuk orangtua saya dan mereka boleh berbelanja sehingga RM5000 sebulan mengikut kemahuan mereka.
    5. Saya ingin membawa orang tua saya melancung keseluruh dunia melihat tanda-tanda kebesaran Allah.
  2. Saya hendak menyediakan kediaman yang selesa untuk keluarga saya.
    1. Sebuah banglo 8 bilik di puncak bukit….siap dengan rumah pembantu
    2. Menggaji pembatu rumah untuk memelihara landskap, kebersihan rumah, tukang masak dll.
  3. Saya ingin memiliki sebuah bot mewah 5 bilik untuk tujuan rekriasi di lautan.
  4. Saya hendak memiliki sebuah pusat latihan yang lengkap dengan pusat rekreasi, kolamrenang, tempat permainan pintball, futsal, indoor game,tempat berkuda, dewan seminar, restoran dan penginapan bertaraf 5 bintang disatu tapak seluas 10 ekar untuk 500 orang peserta.
  5. Saya ingin menaja 40 orang pendakwah dengan gaji bulanan RM5000 sebulan.
  6. Saya ingin memiliki perniagaan tekstail bermula daripada kilang benang sehinggalah memasarkan pakaian siap untuk umat Islam diseluruh dunia.
  7. Saya ingin memiliki perniagaan makanan asas daripada bijirin sehingga barang tenusu yang menyediakan sumber makanan halal kepada umat Islam .

Ini sebagai contoh cita-cita besar dan impian yang boleh anda catatkan dalam plan perancangan kehidupan anda.

Untuk mencapai matlamat ini anda perlu memahami perniagaan anda, undang-undang dalam mencapai kejayaan dan matlamat anda dan anda hanya perlu rilex dan melaksanakan aktiviti harian tanpa gagal.

Bertemulah mentor anda dan bincanglah setiap langkah yang anda perlu lakukan..

Mengenai Halangan Dalaman

Selesaikan masalah dalaman dalam hubungan anda dengan isteri anda dengan baik. Perkahwinan yang bahagia asas sebuah kejayaan. Carilah masa yang sesuai, tenang dan baik untuk menyelesaikan hasrat rumahtangga anda dengan pasangan anda.

Jangan jadikan masalah rumahtanga anda sebagai halangan dalam kejayaan kerjaya anda. Sebagamana anda meletakkan matlamat perniagaan anda.. anda juga perlu merancang bagaimana untuk memiliki rumahtangga yang bahagia..

Bincanglah dengan pasangan anda mengenai kerjaya anda, yakinkan dia terhadap apa yang anda yakin dan ajaklah dia bersama-sama anda menjayakan cita-cita dan impian anda. Anda mungkin bolen menjadikan pasangan anda sebagai setiausaha kepada projek anda atau PA anda.

Keyakinan Diri

Anda tidak perlu melayan apa sahaja perkara negatif yang datang daripada luar. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda mengenai industri anda, syarikat yang anda wakili, produk-produk yang anda pasarkan dan diri anda sendiri.

Selalulah bertanya diri anda apakah yang menghalang anda berjaya? Apakah yang menakutkan anda? Apakah benar perkara tersebut menakutkan dan menyakitkan atau ia hanya imiginasi buruk anda?

Sebenarnya Syaitan akan mebisikkan perkara2 negatif dalam diri anda lebih 50000 kali dalam sehari semalam.

Tukarkan khayalan dan imaginasi buruk yang sentiasa bermain dalam gamabaran layar minda anda sejak kecil dengan satu cerita manis, gembira, bahgia, kejayaan dan sebagainya.

Masukkan dalam minda anda setiap hari gambaran-gambaran kejayaan yang anda telah impikan.

Pergilah melancung, menginaplah dihotel2 mewah berikan peluang diri anda merasai keindahan hidup ini, masuklah kedalam kereta-kereta mewah yang anda idamkan, rasai keempukannya, keharumannya yang eklusif atau pandu ujilah kenderaan tersebut.. bayangkan kegembiraan wajah isteri dan anak-anak anda, ibu-bapa anda dan saudara mara anda apabila mereka sama-sama berkongsi kejayaan anda. Bayangkan wajah-wajah sahabat anda yang merasa bahagia ketiga berpeluang menikmati hidup yang anda berikan kepada mereka secara percuma.

Lihatlah kejayaan yang anda lakukan sebelum ini dengan usaha yang biasa.. Bagaimana jika anda benar-benar memberikan tumpuan secara maksima, berusaha dengan penuh dedikasi dan disiplin melaksanakan plan perniagaan anda tentu anda akan merasa puas dengan nikmat kurniaan Allah kepada anda.

Nyatakan kesyukuran anda kepada Allah dengan menyumbang sebahagian nikat kurniaan Allah kepada anda kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Fokus.

Anda hanya perlu memilih satu kerjaya yang boleh membawa anda kepuncak kejayaan dan mampu mencapai impian anda.

Buang perasaan tamak yang menguasai anda. Buang sifat terburu-buru yang ada di dalam diri anda. Berfikirlah dengan betul dan bertindaklah dengan betul terhadap tugas anda anda pasti berjaya.

Jika anda masih melakukan bayak perkara dalam satu masa menunjukkan anda belum memiliki keyakinan terhadap mana-mana industri yang anda ceburi dan anda akan menjadi orang biasa sahaja dengan pendapatan biasa.

Fokus pada satu kerjaya sehingga berjaya..

Kelima..

Anda mungkin baru menceburi sesuatu bidang menyebabkan keyakinan belum bulat tetapi cukuplah anda fahami tugas harian anda yang perlu anda lakukan untuk anda jadi jutawan..Cubalah jayakan tugas harian anda, tugas mingguan anda , tugas bulanan anda dan perbaikilah pencapaian anda. Jika tahun pertama anda belum mencapai 100% matlamat tahunan anda sekurang2nya anda mencapai 50%.. sebenarnya anda sudah 50% mendekati kejayaan.. Lihatlah punca kegagalan, teruskanlah membuat pembaikan dalam diri anda dan buat percubaan kedua ditahun kedua anda.. begitu seterusnya.. Selagi anda mencuba dan melakukannya anda semakin hampir kepada kejayaan.

Jangan sesekali putus asa, 80% ilmu adalah daripada usaha anda dan jika anda mencuba 10 kali baru anda berjaya bermakna anda menemui 9 cara yang salah dan anda boleh perbaiki lagi pencapaian anda.

Selamat berjaya.

Advertisement

February 28, 2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.