“Neuro Linguastic Programing” untuk “salesman”
Saya sudah beberapa kali mendengar penceramah motivasi menggunakan istilah NLP ini dalam proram-program mereka. NLP adalah satu program bagi membantu anda memberi tumpuan 100% kepada objektif yang telah anda letakkan dalam hidup
Kadang-kadang anda sudah mempunyai plan strategik, objektif yang jelas, langkah-langkah yang jelas, aktiviti-aktiviti yang jelas sehinggakan anda telah mampu membuat kiraan mathematik untuk mencapai sesuatu kejayaan. Namun seringkali hampir 80% aktiviti yang dirancangkan tersasar daripada objektif yang ditetapkan. Akhirnya perancangan hanya tinggal atas kertas dan anda kembali seperti asal, tiada aktiviti jualan dan tiada “sales”
Puncanya apabila anda gagal melawan bisikan-bisikan negatif yang berlegar di dalam diri anda. Dialog-dialog dalaman yang negatif telah membantutkan segala perancangan. Dialog-dialog itu mungkin bermula dengan cerita sedih yang anda baca di akhbar, berita kemalangan yang anda dengar daripada radio, bahasa-bahasa kasar yang mengherdik anda dipagi hari disebabkan kesilapan anda atau bantahan pertama daripada pelanggan yang menjawab panggilan telefon anda.
Apabila anda ingin memulakan sesuatu kerja baru yang mencabar; hati anda bagai terdengar bisikan-bisikan suara yang mendebarkan; “malaslah”, “takautlah”, “nantilah”, “esoklah”, “mengganggulah” dan sebagainya. Perasaan ini menjadikan jiwa anda terasa sakit dan akhirnya segala yang dirancang gagal dilaksanakan.
Dialog dalaman yang negatif telah menggagalkan segala perancangan anda. Untuk itu anda perlu mengawal dialog-dialog dalaman ini agar ia sentiasa positif. Anda boleh mengawalnya dengan meningkatkan keyakinan anda terhadap industri anda, syarikat yang anda wakili, produk-produk yang anda tawarkan dan kekuatan diri anda sendiri.
Buku yang anda baca, orang-orang yang ada disekitar anda dan minda positif anda boleh membantu anda mencapai kejayaan anda. Carilah buku yang betul dan orang yang betul yang ingin anda gauli. Awasi perkataan anda agar anda hanya memilih perkataan yang positif.
Mungkin pada masa lalu anda pernah mengalami beberapa kegagalan tetapi sentiasalah ingat bahawa masa hadapan anda tidak sama dengan masa silam anda. Anda tidak mampu mengubah apa-apa yang telah berlaku tetapi anda mampu merancang dan memutuskan apa yang akan berlaku pada masa hadapan anda.
Anda adalah pemimpin, anda bertanggungjawab melukiskan plan masa hadapan anda dan andalah yang perlu mencorakkan apakah yang anda mahu terjadi di masa hadapan. Sekiranya persekitaran negatif, kata-kata negatif yang anda dengar dan tindakan negatif pelanggan mempengaruhi perancangan anda menjadikan segala yang anda rancang tidak berjalan seperti yang direncanakan anda perlu melakukan “programming” semula terhadan dialog-dialog dalaman anda.
Terdapat 3 langkah penting yang perlu anda lakukan untuk memproramkan bahasa dalaman anda.
Pertama: Anda perlu berfikir dan menulis langkah-langkah praktikal anda dengan jelas.
Anda adalah pelukis plan dan jurutera kepada projek-projek jualan anda. Anda perlu tentukan matlamat 3 tahun anda, matlamat tahunan, matlamat bulanan, matlamat mingguan dan harian anda sejelas-jelasnya.
Anda juga perlu menggariskan plan yang jelas untuk mencapai matlamat tersebut.
Anda juga bagai seorang penulis skrip dan pengarah kepada sebuah lakunan. Anda sudah dapat bayangkan skrip-skrip dan aksi-aksi yang bakal berlaku bermula daripada anda turun dari rumah anda sehinggalah objektif harian anda tercapai.
Sebelum perkara ini berlaku di alam realiti anda terlebih dahulu mampu menerimanya di alam minda dan rohani anda. Sebelum anda melangkah keluar daripada rumah ambil masa sekurang-kurangnya satu jam untuk membuat persediaan minda dan berfikir; apakah yang anda hendak buat hari ini?. Siapakah yang akan anda jumpa? Apakah dialog-dialog yang akan anda cakapkan? Apakah kemungkinan bantahan yang akan anda dengar? Apakah jawaban anda terhadapa bantahan tersebut?
Kedua: Bayangkan “visual” dan gambar-gambar kejayaan anda, rumah yang anda miliki, kereta yang anda pandu, tempat-tempat perlancungan yang anda bawa keluarga tersayang mengunjunginya. Untuk memudahkannya anda perlu menampal gambar-gambar kejayaan yang bakal anda kecapi di ruang-ruang kerja anda.
Berjalanlah dikawasan perumahan yang hebat-hebat dan pilihlah rumah idaman anda. Masuklah ke dalam kereta idaman anda, mintalah kepada jurujual untuk anda pandu uji kenderaan yang bakal anda miliki. Bayangkan rasa empuk kerusinya, kenikmatan pemanduannya dan bau-bauannya yang hebat.
Ketiga: Rasakan bahawa diri anda telah berjaya, berfikirlah sebagai seorang yang telah berjaya, nikmati perasaan gembira, puas, bahagia kerana kejayaan anda. Bayangkan pujian isteri dan anak-anak anda dan wajah-wajah dan nada-nada kegembiraan mereka meraikan kehidupan yang penuh kebahagiaan
Latihan-latihan ini akan mampu memujudkan dialog dalaman positif bagi menangkis segala dialog-dialog negatif dan memandu anda kepuncak kejayaan..
Selamat mencuba !!!
-
Archives
- July 2011 (1)
- May 2010 (1)
- February 2010 (3)
- December 2009 (1)
- September 2009 (2)
- December 2008 (2)
- September 2008 (1)
- January 2008 (1)
- November 2007 (2)
- October 2007 (5)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS