Emosi mendorong tindakan kita
Secara primitifnya setiap haiwan akan bertindak berdasarkan emosinya. Perasaan takut dan terancam menjadikannya bersifat mempertahankan diri dengan melarikan diri atau menyerang. Kita biasa melihat reaksi ular tedung yang terancam reaksi monyet, anjing, kucing dan itik angsa apabila mereka takut atau lapar. Lihatlah bagaimana sikap haiwan-haiwan ini ketika mereka takut khususnya jika mereka beranak kecil yang perlu dipertahankan dan ketika mereka mahukan makanan. Bagaimanakah keadaan agresifnya mereka.
Inilah dikatakan minda primitif yang secara fitrah tersedia di dalam makhluk yang bernama haiwan termasuk manusia. Emosi dan perasaan yang tersedia di dalam diri kita akan menguasai seluruh keputusan dan tindakan kita. Bezanya manusia mempunyai akal fikiran yang boleh mengawal emosi ini dengan mengubah kepercayaan asal kepada kepercayaan baru sekaligus meredakan dorongan emosi dan menjadikan tindakan lebih rasional.
Asalnya manusia tidak takut kepada hantu. Apabila sejak zaman kanak-kanak lagi kita selalu disogokkan dengan cerita-cerita hantu maka wujud satu kepercayaan dalam diri bahawa hantu adalah makhluk yang ganas, bahaya dan menakutkan. Kita juga sentiasa dikaitkan hantu dengan rumah kosong, hutan, tanah perkuburan dan gelap malam. Apabila kita melalui tempat-tempat seumpama ini perasaan takut akan menguasai minda dan tindakan kita. Perasaan takut kepada hantu akan menguasai tindakan kita.
Kebanyakan barang-barang pengguna seperti sabun, ubat gigi, kopi, teh dan sebagainya tidak ada banyak perbezaannya. Begitu juga burger yang dibuat dan dijual oleh peniaga pasar malam dan MC Donald. Namun walaupun burger MC Donald lebih mahal masyarakat tetap memilihnya. Bukan kerana rasa burgernya sahaja tetapi persembahannya, layanan pekerjanya, persekitarannya dan iklan yang bertubi-tubi telah menimbulkan perasaan suka seronok dikalangan masyarakat untuk menikmatinya.
Oleh itu dorongan pembuat keputusan dalam diri manusia 80% adalah disebabkan perasaan seronok dan takutnya bukan rasionalnya. Hakikat ini bukan sesuatu yang pelik dan ia adalah fitrah manusia yang tidak dapat dielakkan. Sebab itu Allah sentiasa menceritakan mengenai nikmat syurga supaya timbul perasaan di dalam diri manusia kemahuan yang kuat untuk mendapatkan syurga dan begitu juga al-Quran sentiasa menggambarkan keadaan neraka supaya manusia merasa takut untuk dihukum dengan dimasukkan kedalam neraka.
Dalam hidup kita, kadang-kadang kita amat mahu mencapai sesutu kejayaan dalam apa yang kita lakukan tetapi kita sering menanggguhkan tindakan yang telah kita rancangkan. Kenapa?
Sebabnya walaupun kita merasai kejayaan itu sesutu yang amat menyeronokkan tetapi laluan kepadanya dianggap oleh perasaan kita sebagai sesutu yang menyakitkan maka ia menjadi penghalang kepada tindakan kita. Kita akan berjaya apabila kita menukarkan dalam minda kita semua perancangan, tindakan, aktiviti yang dirancang adalah menyeronokkan barulah kejayaan akan datang.
Perjalanan yang jauh akan memenatkan jika kita hanya menyangka keseronokan adalah dipenghujung jalan tetapi jika kita menganggap semua yang kita lakukan disepanjang perjalanan adalah pengalaman yang menyeronokkan kita tidak akan merasai kepenatan. Inilah kelebihan manusia. Kita boleh mengawal emosi kita dengan mengubah sesuatu yang negatif menjadi positif dan jika ini adalah tabiat hidup kita tidak ada apapun dalam hidup yang akan menjadikan kita sedih.
Nabi bersabda : ” Sungguh menakjubkan urusan hidup orang yang beriman, semua keadaan hidupnya adalah kebaikan. jika dia ditimpa kebaikan dia bersyukur maka ia adalah kebaikan untuknya dan jika dia ditimpa keburukan dia bersabar dan itu adalh kebaikan untuknya”.
Oleh itu kita perlu mengawal emosi kita dengan menukarkan pandangan minda kita kepada pandangan yang positif. Setiap perkara ada kebaikan dan keburukan tetapi jika kita melihat kebaikannya kita akan dapat menerima dan bersabar dengan keburukannya terutamanya apabila kebaikannya mengatasi keburukan.
-
Archives
- September 2009 (2)
- December 2008 (2)
- September 2008 (1)
- January 2008 (1)
- November 2007 (2)
- October 2007 (5)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS