Peluang untuk berjaya
Peluang Telah di Monopoli ?
Tidak ada sesiappun yang kekal miskin sebab orang lain telah memonopoli kekayaan dan telah meletakkan benteng kepada orang lain disekelilingnya. Anda mungkin terhalang untuk melakukan perniagaan melalui sesetengah saluran tertentu, tetapi di sana masih banyak saluran lain yang terbuka kepada anda.
Di dalam masa yang berbeza sesetengah peluang tersedia dalam arah yang berbeza, mengikut seluruh atau sebahagian keadaan perubahan masyarakat yang telah dicapainya. Disana terdapat banyak peluang yang menunggu kepada sesiapa sahaja yang berjalan mengikut arus perubahan kecuali mereka yang cuba berenagn menongkah arus.
Seorang pekerja, sama ada secara individu atau sebagai satu kelas tidak pernah dihalang daripada peluang. Pekerja tidak di tekan kebawah oleh penyelia mereka; mereka juga tidak ditekan oleh syarikat yang dipercayai atau syarikat gergasi. Sebagai satu kelas, mereka berada dimana mereka berada disebabkan mereka tidak melakukan kerja mengikut cara yang tertentu.
Mereka yang berada dikelas pekerja buruh akan menjadi penyelia selagimana mereka mahu melakukan kerja mengikut caranya yang tertetu. Undang-undang kekayaan adalah sama kepada mereka dan juga kepada orang lain. Mereka perlu belajar, dan mereka akan kekal seperti apa yang ada pada mereka jika mereka masih melakukan kerja sebagaimana biasa mereka lakukan.Pekerja individu juga tidak ditekan kebawah oleh kelas yang sedia ada dan mencanggahi undang-undang ini malah beliau boleh mengikut arus peluang untuk menjadi kaya dan buku ini akan mengajarnya bagaimanakah caranya.
Tidak seorangpun kekal miskin kerana kurangnya bekalan untuk menjadi kaya. Malah peluang untuk menjadi kaya lebih daripada mencukupi untuk semua orang.
No comments yet.
Leave a comment
-
Archives
- December 2009 (1)
- September 2009 (2)
- December 2008 (2)
- September 2008 (1)
- January 2008 (1)
- November 2007 (2)
- October 2007 (5)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
