Berfikirlah secara strategic.

 

 

Syarikat saya sudah melancarkan tahun kewangan baru pada awal bulan Julai baru-baru ini. Menjelang pertengahan 2012 syarikat mensasar untuk melahirkan 50 orang jutawan. Kempen 5012 ini telah dilancarkan dalam satu convention kira-kira 5 tahun yang lalu. Ketika itu jumlah jutawan daripada usahawan syarikat tidak lebih daripada 10 orang. Saya juga memasang niat dan cita-cita untuk menjadi sebagai salah seorang yang tersenarai namanya diantara 50 orang tersebut.

 

Untuk mencapai niat tersebut saya memerlukan 10 orang tenaga kerja yang benar-benar mempunyai niat untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun daripada  tarikh tersebut. Kini 5 tahun sudah hampir berlalu saya hanya baru mempunyai 2 orang tenaga kerja yang benar-benar berniat menjadi jutawan dalam tempoh 5 tahun.

 

Walaupun saya sudah merekrut lebih 50 orang dalam kerjaya saya sejak saya memulakan pekerjaan saya hingga kini tetapi saya baru mempunyai 2 orang tenaga muda yang mempunyai impian dan cuba memaksa diri mereka untuk mengejar impian tersebut.

 

Kadang-kadang saya terfikir kenapakah bangsaku jadi begini, kenapa amat sukar untuk bertemu orang-orang Melayu yang benar-benar bercita-cita besar dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar cita-citanya.

 

Masih ramai bangsa Melayu yang sanggup bekerja daripada Jam 8 pagi hingga 5 petang dan rata-rata mereka hanya dibayar  tidak melebihi RM50 sejam.

 

Dalam kerjaya saya jika saya membuat satu transaksi saya akan dibayar upah selama 6 tahun dan saya hanya memerlukan tidak sampai 30 minit untuk menerangkan konsep khidmat yang saya tawarkan dan jika prospek saya berminat saya akan berjaya membuat satu transaksi. Biasanya dalam sunnah perniagaan, saya perlu melakukan 5 hingga 10 pembentangan untuk dapat satu kejayaan atau 2.30 jam hingga 5 jam.

 

Hanya bekerja 5 jam sehari saya akan berjaya mendapat satu transaksi dan paling minima upah yang saya boleh dapat dengan satu transaksi ialah RM1320 atau RM264 sejam.

 

Inilah teori yang saya ajar kepada rakan-rakan kongsi saya tetapi majority mereka akhirnya memilih untuk kembali bekerja makan gaji.

 

Jika saudara-saudari berminat untuk dibimbing sehingga menjadi jutawan ayuh daftarlah di sini

 

 

“Neuro Linguastic Programing” untuk “salesman”

Saya sudah beberapa kali mendengar penceramah motivasi menggunakan istilah NLP ini dalam proram-program mereka. NLP adalah satu program bagi membantu anda memberi tumpuan 100% kepada objektif yang telah anda letakkan dalam hidup

Kadang-kadang anda sudah mempunyai plan strategik, objektif yang jelas, langkah-langkah yang jelas, aktiviti-aktiviti yang jelas sehinggakan anda telah mampu membuat kiraan mathematik untuk mencapai sesuatu kejayaan. Namun seringkali hampir 80% aktiviti yang dirancangkan tersasar daripada objektif yang ditetapkan. Akhirnya perancangan hanya tinggal atas kertas dan anda kembali seperti asal, tiada aktiviti jualan dan tiada “sales”

Puncanya apabila anda gagal melawan bisikan-bisikan negatif yang berlegar di dalam diri anda. Dialog-dialog dalaman yang negatif telah membantutkan segala perancangan. Dialog-dialog itu mungkin bermula dengan cerita sedih yang anda baca di akhbar, berita kemalangan yang anda dengar daripada radio, bahasa-bahasa kasar yang mengherdik anda dipagi hari disebabkan kesilapan anda atau bantahan pertama daripada pelanggan yang menjawab panggilan telefon anda.

Apabila anda ingin memulakan sesuatu kerja baru yang mencabar; hati anda bagai terdengar bisikan-bisikan suara yang mendebarkan; “malaslah”, “takautlah”, “nantilah”, “esoklah”, “mengganggulah” dan sebagainya. Perasaan ini menjadikan jiwa anda terasa sakit dan akhirnya segala yang dirancang gagal dilaksanakan.

Dialog dalaman yang negatif telah menggagalkan segala perancangan anda. Untuk itu anda perlu mengawal dialog-dialog dalaman ini agar ia sentiasa positif. Anda boleh mengawalnya dengan meningkatkan keyakinan anda terhadap industri anda, syarikat yang anda wakili, produk-produk yang anda tawarkan dan kekuatan diri anda sendiri.

Buku yang anda baca, orang-orang yang ada disekitar anda dan minda positif anda boleh membantu anda mencapai kejayaan anda. Carilah buku yang betul dan orang yang betul yang ingin anda gauli. Awasi perkataan anda agar anda hanya memilih perkataan yang positif.

Mungkin pada masa lalu anda pernah mengalami beberapa kegagalan tetapi sentiasalah ingat bahawa masa hadapan anda tidak sama dengan masa silam anda. Anda tidak mampu mengubah apa-apa yang telah berlaku tetapi anda mampu merancang dan memutuskan apa yang akan berlaku pada masa hadapan anda.

Anda adalah pemimpin, anda bertanggungjawab melukiskan plan masa hadapan anda dan andalah yang perlu mencorakkan apakah yang anda mahu terjadi di masa hadapan. Sekiranya persekitaran negatif, kata-kata negatif yang anda dengar dan tindakan negatif pelanggan mempengaruhi perancangan anda menjadikan segala yang anda rancang tidak berjalan seperti yang direncanakan anda perlu melakukan “programming” semula terhadan dialog-dialog dalaman anda.

Terdapat 3 langkah penting yang perlu anda lakukan untuk memproramkan bahasa dalaman anda.

Pertama: Anda perlu berfikir dan menulis langkah-langkah praktikal anda dengan jelas.

Anda adalah pelukis plan dan jurutera kepada projek-projek jualan anda. Anda perlu tentukan matlamat 3 tahun anda, matlamat tahunan, matlamat bulanan, matlamat mingguan dan harian anda sejelas-jelasnya.
Anda juga perlu menggariskan plan yang jelas untuk mencapai matlamat tersebut.

Anda juga bagai seorang penulis skrip dan pengarah kepada sebuah lakunan. Anda sudah dapat bayangkan skrip-skrip dan aksi-aksi yang bakal berlaku bermula daripada anda turun dari rumah anda sehinggalah objektif harian anda tercapai.

Sebelum perkara ini berlaku di alam realiti anda terlebih dahulu mampu menerimanya di alam minda dan rohani anda. Sebelum anda melangkah keluar daripada rumah ambil masa sekurang-kurangnya satu jam untuk membuat persediaan minda dan berfikir; apakah yang anda hendak buat hari ini?. Siapakah yang akan anda jumpa? Apakah dialog-dialog yang akan anda cakapkan? Apakah kemungkinan bantahan yang akan anda dengar? Apakah jawaban anda terhadapa bantahan tersebut?

Kedua: Bayangkan “visual” dan gambar-gambar kejayaan anda, rumah yang anda miliki, kereta yang anda pandu, tempat-tempat perlancungan yang anda bawa keluarga tersayang mengunjunginya. Untuk memudahkannya anda perlu menampal gambar-gambar kejayaan yang bakal anda kecapi di ruang-ruang kerja anda.

Berjalanlah dikawasan perumahan yang hebat-hebat dan pilihlah rumah idaman anda. Masuklah ke dalam kereta idaman anda, mintalah kepada jurujual untuk anda pandu uji kenderaan yang bakal anda miliki. Bayangkan rasa empuk kerusinya, kenikmatan pemanduannya dan bau-bauannya yang hebat.

Ketiga: Rasakan bahawa diri anda telah berjaya, berfikirlah sebagai seorang yang telah berjaya, nikmati perasaan gembira, puas, bahagia kerana kejayaan anda. Bayangkan pujian isteri dan anak-anak anda dan wajah-wajah dan nada-nada kegembiraan mereka meraikan kehidupan yang penuh kebahagiaan

Latihan-latihan ini akan mampu memujudkan dialog dalaman positif bagi menangkis segala dialog-dialog negatif dan memandu anda kepuncak kejayaan..

Selamat mencuba !!!

” Burn Your Desire”

Seorang agen saya bertanya : “kenapakah saya selalu hilang semangat untuk berusaha walaupun saya sudah ada plan perniagaan yang lengkap”..?

Sebenarnya bayak perkara yang boleh memadamkan bara semangat yang kita nyalakan.. antaranya:

1. Matlamat hidup itu sendiri tidak cukup kuat untuk terus membakar semangat untuk bekerja.

 2. Masalah dalam diri sendiri yang pernah dikecewakan oleh orang yang dikasihi.

3.Hilang keyakinan diri kepada syarikat, industri yang di sertai, produk yang dijual, sistem jualan dilaksanakan dan tiada keyakinan diri sendiri.

4. Wujud dua atau tiga pekerjaan yang memerlukan tumpuan  yang dilakukannya.

5. Wujud kelemahan tertentu dalam diri seperti masih tidak lengkap ilmu dan skil akibat kurang pengalaman dalam perniagaan yang diceburi.
Continue reading

Kejayaan adalah natijah.

“seseorang itu bukanlah malas tetapi matlamat hidupnya tidak membakar semangatnya untuk berkerja”..

Kebanyakkan orang yang berjaya dalam apa juga bidang kerana mereka mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Cita-cita tinggi mereka pula bukanlah angan-angan kosong kerana mereka mempunyai alasan atau sebab yang kukuh terhadap cita-cita mereka. Alasan-alasan mereka pula sungguh murni kerana mereka yakin bahawa mereka hanya perlu berkerja dengan betul, berdisiplin, berdedikasi dan penuh kesungguhan kerana mereka tahu hanya Allah yang akan melaksanakan apa yang dikehendakiNya.

Manusia tidak mampu mengawal natijah tetapi mereka mampu melakukan usaha yang betul bagi mencapai sesuatu natijah.

“Tidak ada kejayaan melainkan daripada Allah”. Allah yang bersifat al-Rahman telah memberikan kepada manusia terlalu banyak nikmat sebelum manusia merancang untuk memilikinya. Maka Allah akan memberikan kepada manusia apa yang mereka minta dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan manusia tercapai apabila mereka menggunakan akal, kemahuan, kerohanian dan tindakan dengan cara yang betul. Cara yang betul bermula dengan berfikir dengan betul dan bertindak dengan efisyen.

Umar al-Khattab berjaya membuka jajahan Romawi dan Parsi kerana beliau bercita-cita besar. Beliau hanya ingin mendapat nikmat syurga firdaus di negeri akhirat. Untuk melayakkannya mencapai cita-cita besar ini beliau perlu mendapat keredaan dan keampunan Allah. Untuk mendapat keredaan Allah beliau perlu memikul perjuangan kekasihnya Muhammad s.a.w. yang di amanahkan untuk membawa Rahmat Islam ke seluruh dunia. Cita-cita besarnya di dunia adalah menegakkan amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah di dunia dan membawa manusia semua tunduk menjadi hamba kepada Allah.

Sebagaimana seorang petani mereka hanya perlu menyemai benih, memeliharanya daripada makhluk perosak, menabur baja, menyiram air dan memelihara pencahayaan yang cukup. Selebihnya Allah akan menumbuhkannya dan mengeluarkan buah-buahan dan hasilnya.

Sebagaimana seorang nelayan mereka perlu keluar kelaut pada musim yang sesuai dan menahan pukat diwaktu air mula pasang dan mengangkatnya ketika air sudah mula surut, selebihnya mereka hanya meletakkan keyakinan kepada Allah yang Maha Pemurah.

“Kepercayaan + tindakan = natijah.”

Natijah yang betul adalah lahir daripada tindakan yang betul. Tindakan yang betul lahir daripada kepercayaan yang betul. Kepercayaan yang betul lahir daripada berfikir dengan cara yang betul. Untuk berfikir dengan betul kita perlu mempunyai matlamat yang spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan jangka masa tertentu.

Jika seseorang itu bermatlamat untuk mendapat pendapatan RM12,000 sebulan pada hujung tahun kewangannya. Matlamat ini sesuatu yang spesifik dan mempunyai jangka masa tertentu. Untuk menentukan matlamat ini boleh dicapai ia hendaklah sesuatu yang realistik dan sesuatu yang realistik mestilah sesuatu yang boleh diukur.

Seseorang yang ingin mendapat pendapatan RM12,000 dalam masa 12 bulan bermakna beliau mesti mempunyai kenaikan pendapatan sebanyak RM1000 sebulan jika pendapatannya pada bulan pertama adalah RM0.

Seorang jurujual kereta yang mendapat komisyen 5% daripada jualannya akan menjana pendapatan RM12,000.00 sebulan dengan menjual 2 buah kereta bernilai RM120,000.00 sebulan. Seorang jurujual rumah yang mendapat 2.5% komisyen akan menjana pendapatan lebih RM12,000.00 sebulan dengan menjual dua buah rumah bernilai RM250,000.00 sebulan. Seorang peniaga burger yang mendapat keuntungan bersih RM100 sehari akan menjana pendapatan RM12,000.00 sebulan dengan memiliki 6 buah gerai burger dengan berniaga 20 hari sebulan. Seorang peniaga air, peniaga buah jambu potong, peniaga nasi lemak juga boleh menjana pendapatan sebanyak mana mereka suka jika mereka tahu mengira dan sanggup berusaha.
Seorang perunding pelaburan saham amanah juga akan menjana pendapatan RM12,000 sebulan dengan membawa masuk pelaburan minima RM250,000.00 sebulan. Jika seorang pelabur melabur RM25,000 seorang maka beliau perlu mencari sebanyak 10 orang pelabur sebulan.

Seorang perunding takaful boleh menjana penadapatan RM12,000.00 sebulan selepas 12 bulan dengan membawa sumbangan RM35,000 sebulan. Jika seorang pelanggan menyumbang RM500 sebulan beliau memerlukan 70 orang pelanggan dengan membuat jualan sekurang-kurangnya kepada 6 orang sebulan.

Beliau hanya perlu bertemu dengan mereka yang memiliki kemampuan kewangan, prihatin, berfikiran terbuka dan percaya kepada hidup berperancangan. Jika nisbah kejayaan adalah 1:10 maka beliau perlu bertemu 60 orang sebulan atau 2 orang sehari.

Bertemu 2 orang sehari adalah matlamat harian. Ia adalah sesuatu yang spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan ada masa tertentu. Maka tugasnya sebagai perunding kewangan takaful beliau hanya perlu merancang dan berusaha untuk membuat pembentangan kepada 2 orang sehari sebagai rutin kerja hariannya. Suatu syarat penting prospeknya mestilah seorang yang boleh ditakafulkan, ada wang untuk membayar, prihatin, bertanggungjawab, berfikiran terbuka, berpendapatan keluarga minima RM6000 sebulan dan boleh ditemui.

Setiap pagi beliau perlu keluar ke sesuatu tempat yang spesifik dengan niat untuk membuat pembentangan ideanya kepada dua orang atau setiap pagi beliau membuat panggilan telefon dengan tujuan untuk bertemu dengan 4 orang pada hari itu dan keluar bertemu mereka dengan niat dapat membuat pembentangan ideanya kepada 2 orang.

Selamat berjaya..

Kerjaya Sebagai Perunding Takaful

Sejak keruntuhan ekonomi tahun 1998 masyarakat dunia sedar mengenai keutuhan sistem kewangan Islam. Sejak lima tahun diperkenalkan kini system kewangan Islam mula berkembang ke seluruh dunia Amerika, Eropah, China dan Asia.

Sehingga kini dana kewangan Islam sudah mencecah 1trillion dan bakal meningkat kepada 4trillion pada 2010. Sistem kewangan Islam yang menolak amalan riba dan berkonsepkan perkongsian untung rugi menjadikan ia lebih berdaya saing dan menjadi trend kewangan masa kini dan masa hadapan. Sejajar dengan perkembangan ini kebanyakan bank-bank seluruh dunia mula menyediakan produk-produk kewangan Islam.

Produk kewangan Islam bukan menjadi trend kepada sistem perbankan sahaja malah menjadi `trend’ dalam industri kewangan seluruhnya termasuk di bursa-bursa saham, pengurus dana saham amanah dan takaful. Banyak syarikat-syarikat insurance mula memohon lessen untuk menjual produk-produk takaful. Sehubungan dengan itu juga ajen-ajen insurance juga mula menukar kerjaya mereka untuk menjadi ajen-ajen bagi memasarkan produk takaful dan menyertai institusi-institusi yang menawarkan produk takaful.

Seperti biasa bidang ini tetap tidak menjadi pilihan utama belia-belia Melayu berbanding belia-belia bangsa lain di Malaysia. Walaupun takaful adalah produk kewangan Islam yang menawarkan sistem kewangan Islam bangsa lain tetap memilihnya sebagai pilihan mereka masa kini bukan kerana keislamannya tetapi kerana `trend kewangan masa kini dan akan datang.

Malah dalam industri takaful secara khusus bukan sahaja kerana `trend’ kewangan masa kini tetapi kerana keluasan pasaran yang belum di sentuh. Setakat ini daripada keseluruhan pencarum dalam industri takaful dan insurance hanya 6% mewakili masyarakat Melayu manakala baki 94% adalah diwakili oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Punca sebenar orang Melayu tidak menyertai industri insurance bukan sahaja kerana ianya tidak halal tetapi disebabkan kurang kesedaran mereka mengenai perancangan kewangan yang seimbang. Isu kekurangan kewangan bukan menjadi faktur sebenar kerana ramai masyarakat China dan India yang lebih kurang pendapatannya daripada masyarakat Melayu sudah menyertai industry insurance sejak belasan tahun yang lalu. Manakala 5% masyakat Melayu yang terlibat dengan industry insurance memilih menyertainya kerana mereka sedar keperluan untuk memiliki polisi insurance.

Namun sejak industri Takaful diperkenalkan dengan melantik wakil-wakil bagi memasarkan produk takaful industri mula disertai oleh pelbagai lapisan Masyarakat. Kerjaya sebagai perunding kewangan Islam atau sebagai ajen takaful kini sudah menjadi pilihan golongan siswazah . Rata-rata mereka mampu menjada pendapatan 5 angka selepas dua tahun menjadi perunding kewangan Islam.

Penyedia industri takaful ini berlumba-lumba merekrut wakil-wakil baru untuk industri mereka. Peneraju industri Takful dunia Etiqa Takaful Berhad kini telah menubuhkan `Akademi Takaful’ bagi melatih wakil-wakil baru yang dilantik. Melalui akademi ini seorang wakil akan mampu memulakan kerjayanya hanya setelah mengikuti 15 hari kursus intensif ‘agent on boarding’ . Kursus yang bernila ribuan ringgit ini hanya memerlukan peserta membayar sekitar RM70 sahaja.

Bagi belia yang ingin memiliki kerjaya sendiri, perniagaan sendiri, sukakan cabaran, berdaya saing, berwawasan tinggi dan bercita-cita besar, sanggup berusaha, berdisiplin, sanggup belajar dan tidak mempunyai modal sepatutnya memilih kerjaya sebagai perunding kewangan takaful di Etiqa Takaful Berhad.

Bagi belia yang berminat menjadi perunding kewangan takaful bersama Etiqa Takaful Berhad boleh memohon dilink di bawah.

BORANG

Ketakutan adalah musuh kejayaan.

Kadang-kadang kita sudah memiliki impian yang jelas; kita impikan sebuah rumah agam di atas bukit. Bilik-bilik tidur yang luas lengkap perabut hotel 6 bintang, landskap yang menghijau, kolam renang yang eksklusif, ruang tamu yang luas dan taman rekriasi. Kita impikan kereta mewah yang selesa untuk seisi keluarga dan resort-resort milik keluarga di pulau-pulau peranginan. Kita impikan sebuah industri yang menyediakan pekerjaan kepada jutaan masyarakat. Kita impikan nama kita disebut dalam doa setiap fakir miskin yang mendapat bantuan daripada institusi kita. Kita impikan kejayaan seluas kekayaan yang dikurniakan kepada nabi Sulaiman a.s. Kekayaan yang menambahkan kesyukuran.

Namun impian itu memerlukan langkah pertama iaitu bebas daripada perasaan takut gagal.

Continue reading